PTPTN oh PTPTN



kenapa sampai nak gigit laptop tu ? haaa..tu menunjukkan aku sedang STRESS sekarang ni..hmmm..sangat- sangat stress. dah tak tau nak luahkan pada siapa. jadi , luahkan jelah melalui blog. adehhh...macam mana nak cerita ye? 

ok, punca utama kenapa aku stress adalah disebabkan PTPTN. duit tak masuk lagi sampai sekarang. aku dah la tengah kekeringan ni ha. duit pa & ma memang la ada. tapi tak tau la cukup ke tak. adoiii..sampai nak beli barang untuk bawak balik hostel pon tak ada tau. huhuhuhu..aku masih lagi bersabar.

tadi, tiba-tiba je tergerak hati nak bukak student portal untuk cek bila duit ptptn nak masuk. dan aku ternampak la ayat ni.. 

Pengeluaran pembiayaan pendidikan PTPTN bagi Semester 1 Sesi 2011/2012 kepada pelajar lama peringkat Diploma di UiTM Kampus Induk dan Cawangan akan diterima oleh pelajar mulai 8hb Jun 2011. Pelajar yang disahkan aktif pengajian sahaja akan menerima pembiayaan tersebut berdasarkan pengesahan UiTM yang diterima oleh PTPTN pada 27hb Mei 2011.

hohohoho...terus berubah air muka aku. dan terus update status kat FB dan post kat stateboard VF.geram sangat2 ni..hmmm..mengapa begini???



Najwa Latif?



setelah sekian lama menyepi , kini aku kembali. hehe.. malam ini tergerak hati nak update blog lepas tengok video Najwa Latif kat you tube. mula-mula cuma tengok dia cover lagu omputih, dan aku tak menafikan yang suara dia boleh tahan lah. maybe akan jadi macam yuna , ana rafali gitu. umur baru 16 tahun. manis orang nya. aku tau pasal budak ni pon dari anak buah aku. hehe..tengok punya tengok , ternampak pulak lagu carta hati. lagu siapa pulak dia cover ni ? bila aku klik kat situ , rupa - rupa nya lagu dia sendiri. eemm..not bad. she got the talent there. the title is " carta hati " ada sesiapa yang dah dengar ? yang belum dengar..bolehlah dengar..hehe..ke aku yang ketinggalan ? hohoho...so sad -_____-.

single first dia , cinta muka buku. best !! keep it up Najwa ! :) hope lepas ni ada lagi lagu baru dari kamu :)


perasaan kamu je tu..

salah sebuah sekolah menengah dari kemaman membuat rombongan sambil belajar ke Putrajaya. Di dalam perjalanan tersebut berlakulah satu insiden apabila salah seorang dari murid-murid yang mengikuti rombongan itu merasakan sakit perut yang amat (nak buang air besar). mahu tidak mahu terpaksalah murid tadi memberitahu pemandu bas tersebut supaya berhenti agar dia dapat melepaskan hajat.

Murid : Pakcik , boleh tolong berhenti sekejap tak? saya sakit perut sangat ni...dah tak boleh tahan...

Pakcik : hisyh ! perasaan kamu je tu..(berkata dengan selambanya )

Murid : aduhhh...betul pakcik..saya tak tipu..tolonglah pakcik..(dengan nada merayu )

Pakcik : kan pakcik dah cakap , itu cuma perasaan kamu je..pakcik dah jumpa ramai orang macam kamu ni..pakcik tau la ( sambil tersengih-sengih )

Murid : (berkerut-kerut menahan sakit )

Pakcik : macam ni lah, kamu duduk sekejap kat kerusi belakang pakcik ni. lepas ni sure rasa sakit perut tu hilang. 

Murid tadi pun menurut kata pakcik itu.pemandu bas itu meneruskan perjalanan. 5 minit kemudian...pemandu bas itu terhidu bau yang tidak menyenangkan.. dan bau itu makin lama makin kuat. menusuk kalbu gitu..lantas, pakcik tersebut berpaling ke belakang dan bertanya..

Pakcik : eh, kamu berak ke?? busuknya !

Murid : mana ada..tu perasaan pakcik je..saya tak bau pape pun..

perkara yang anda tidak tahu tentang HANDPHONE..

                                                                         assalamualaikum...

tibalah masanya untuk aku post entry baru..hehehe..actually, i didn't have any idea to write..but then i found this article posted by VF's member. and i would like to share it to you. =)

   sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua phone adalah 112. kalau masa tu korang berada dalam kecemasan atau pun handphone tiada SIGNAL, korang boleh terus dail no tu. dan ia nya juga boleh di dail bila handphone korang berada dalam 'KEYPAD LOCK'.


 handphone ada hidden batery power?? maybe ramai yang tak tau, kalau yang dah tau tu bagus la..ye, walaupon korang dah kehabisan bateri, tapi ia still boleh digunakan lagi bila ada kecemasan. tapi ini hanya untuk NOKIA sahaja. ( tak tau la kalau handphone lain ada ke tak . hehe ) caranya adalah dengan menekan '*3370#'. 


 handphone kene curi? confirm kita akan susah hati punya ! korang boleh deactivate handphone tu dengan menekan *#06# dan 15 nombor siri handphone korang akan muncul di skrin. Simpan nombor siri tu di tempat yang selamat. lepas tu korang boleh hubungi pusat servis handphone dan berikan nombor siri tu. sistem handphone korang akan di kunci yang mana pencuri tersebut tidak boleh menggunakannya  walaupun pencuri tu menggantikan sim card yang sedia ada dengan yang baru. hah ! padan muka pencuri tu !  




                                                                                                                             

Misz Honey 1st Giveaway

                                                                        assalamualaikum....

aku telah di TAG oleh AYIE untuk join GA..GA ni Misz Honey yang buat..ok lah, tak nak cakap banyak...



sesiapa yang nak join GA ni boleh la klik SINI


TARIKH TUTUP : 25th MAY 2011

dan aku kene tag 2 orang...nak tag sape ye?

erm...ok...aku nak tag 

&


ok done !! meh la ramai2 join GA ni...=)

dah join FACEBLOG? belum lagi? jom la join...=)

ape itu FACEBLOG? ala..lebih kurang macam facebook tu..hehe..aku baru je join tadi..dapat tau dari siapa aku tak ingat..nampak tak logo yang warna purple kat sebelah tu?cute kan?hehe..tu la logo FACEBLOG..dah ada 9172 followers termasuk aku..korang tak rasa nak join ke? moh ler kite join..bukan susah pon..sonang yo..hihihi..boleh mengeratkan lagi silaturrahim..dan bagi sesiapa yang nak buat iklan tentang bisnes korang, pon boleh buat kat situ..JOIN JANGAN TAK JOIN ! 

di suatu pagi yang indah..


assalamualaikum...good morning everyone..ohaiyo..annyeong haseyo..hehehe =) hari ni memang indah. dari pagi tadi sampai la sekarang ni hujan turun mencurah-curah dengan lebatnya. rasa nak tido pon ada. aisyhhh...tapi tak boleh (kat uitm boleh la :p). tau-tau jela apa akibatnya kalau aku tido sekarang. (confirm kena simbah dengan air , hahahaha )


ermmm...nak cerita apa ye pagi ni? hah ! nampak tak perubahan kat blog aku ni? tak nampak? ni mesti jarang tengok blog ni kan? (sampai hati...>_<) . Ye, blog ni bertukar wajah lagi sekali. aku tak boleh tengok blog orang cute dari aku. jeles tau ! so, aku berusaha meng'cute'kan blog ni semampu yang boleh..tapi maybe tak setanding blog cik lyssa =) blog dia sangat CUTE ok ! dan aku belajar hias blog aku dari dia la..muehehehe.. eh, sebenarnya aku nak cerita pasal BETTI , not beauty and the beast ok. siapa BETTI tu ? kucing kesayangan aku dan family. sebelum ni , ada 2 ekor. tapi kucing yang paling kami sayang hilang entah ke mana =( i miss you so much , CIJAN . tinggal la betti keseekoran..kesian kat dia sebab dah takde teman nak main dah.

 mak cakap , betti sibuk mencari cijan selama seminggu ! maybe dia sedih atas pemergian abang nya. kami sekeluarga pon sedih jugak. sebab antara betti dan cijan , kami lebih sayang cijan. sebab dia kucing yang baik. betti pon baik jugak cuma dia agak nakal. tapi sekarang , betti lah kucing yang paling kami sayang. hidup dia mewah tu....tido atas katil dengan aku, duduk dalam rumah je selalu, makan cukup. mak aku pon sayang kat dia sebab dia dengar cakap. tengok, kucing pon paham cakap orang kan. hehehe..

meh kita tengok gelagat betti dalam rumah.. 

ni masa cijan masih ada. cute kan dorang?


betti akan duduk kat atas ni bila dia tak dapat masuk bilik :)



masa aku buat post ni, dia ada kat sebelah. dia suka menyibuk!


selimut tu khas untuk dia ok ! automatik dia akan tido atas selimut ni bila
masuk dalam bilik.


tengok, betti pon ada bantal pelok tau ! nama dia miko. hehe


wahhh...syok betol dia tido..

amacam? comel tak betti??? tak comel? comel la !!!! berani la korang cakap tak comel..huhuhu...ok lah , entry terhenti di sini.. aku nak sambung main cityville. hahahah...anyyeong !


let's exchange link !