perasaan kamu je tu..

salah sebuah sekolah menengah dari kemaman membuat rombongan sambil belajar ke Putrajaya. Di dalam perjalanan tersebut berlakulah satu insiden apabila salah seorang dari murid-murid yang mengikuti rombongan itu merasakan sakit perut yang amat (nak buang air besar). mahu tidak mahu terpaksalah murid tadi memberitahu pemandu bas tersebut supaya berhenti agar dia dapat melepaskan hajat.

Murid : Pakcik , boleh tolong berhenti sekejap tak? saya sakit perut sangat ni...dah tak boleh tahan...

Pakcik : hisyh ! perasaan kamu je tu..(berkata dengan selambanya )

Murid : aduhhh...betul pakcik..saya tak tipu..tolonglah pakcik..(dengan nada merayu )

Pakcik : kan pakcik dah cakap , itu cuma perasaan kamu je..pakcik dah jumpa ramai orang macam kamu ni..pakcik tau la ( sambil tersengih-sengih )

Murid : (berkerut-kerut menahan sakit )

Pakcik : macam ni lah, kamu duduk sekejap kat kerusi belakang pakcik ni. lepas ni sure rasa sakit perut tu hilang. 

Murid tadi pun menurut kata pakcik itu.pemandu bas itu meneruskan perjalanan. 5 minit kemudian...pemandu bas itu terhidu bau yang tidak menyenangkan.. dan bau itu makin lama makin kuat. menusuk kalbu gitu..lantas, pakcik tersebut berpaling ke belakang dan bertanya..

Pakcik : eh, kamu berak ke?? busuknya !

Murid : mana ada..tu perasaan pakcik je..saya tak bau pape pun..

No comments:

let's exchange link !