PTPTN oh PTPTN



kenapa sampai nak gigit laptop tu ? haaa..tu menunjukkan aku sedang STRESS sekarang ni..hmmm..sangat- sangat stress. dah tak tau nak luahkan pada siapa. jadi , luahkan jelah melalui blog. adehhh...macam mana nak cerita ye? 

ok, punca utama kenapa aku stress adalah disebabkan PTPTN. duit tak masuk lagi sampai sekarang. aku dah la tengah kekeringan ni ha. duit pa & ma memang la ada. tapi tak tau la cukup ke tak. adoiii..sampai nak beli barang untuk bawak balik hostel pon tak ada tau. huhuhuhu..aku masih lagi bersabar.

tadi, tiba-tiba je tergerak hati nak bukak student portal untuk cek bila duit ptptn nak masuk. dan aku ternampak la ayat ni.. 

Pengeluaran pembiayaan pendidikan PTPTN bagi Semester 1 Sesi 2011/2012 kepada pelajar lama peringkat Diploma di UiTM Kampus Induk dan Cawangan akan diterima oleh pelajar mulai 8hb Jun 2011. Pelajar yang disahkan aktif pengajian sahaja akan menerima pembiayaan tersebut berdasarkan pengesahan UiTM yang diterima oleh PTPTN pada 27hb Mei 2011.

hohohoho...terus berubah air muka aku. dan terus update status kat FB dan post kat stateboard VF.geram sangat2 ni..hmmm..mengapa begini???



No comments:

let's exchange link !